Manusia Itu Insan

Thursday, February 07, 2013

bismillahirrahmanirrahim.

Allahu Allahu Allahu.
Tiap kali hati ini mula alpa, Kau sering ingatkan semula.
Betapa hebat nya kasih- Mu ya Rabb pada hamba-hamba Mu.
Sungguh aku malu dengan Mu.
Yang sering lupa dan alpa dengan janji- janji ku.
Sungguh aku malu.

Kali ini aku di uji dengan perasaan yang entah kenapa tidak mampu aku kawal.
Tapi sungguh, melalui pertolongan dari Mu aku bisa mengawalnya.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Aku takut aku hanyut aku alpa aku lalai dari mengingati Mu ya Rabb.
Sungguh aku takut.

Kau temukan ku dengan insan- insan yang hebat.
Aku di kelilingi oleh mereka yang terlalu aku sayangi.
Persabatan dan ukhwah yang terjalin biarlah tersimpul mati.
Biar lah apa pun yang terjadi.
Semoga persahabtan itu tetap utuh biar pun di mamah usia.
Biarlah tetap utuh selamanya.


Setiap hubungan pasti diuji.
Begitulah dalam persahabatan.
Takut kerana faktor jarak mahupun masa buat aku alpa pada persahabtan yang telah lama terjalin.
Sungguh aku rindu pada kenangan lama bersama sahabat yang jatuh dan bangkit bersma dalam jihad menuntut ilmu Mu.
Sungguh aku rindu.

Hidup ini ibarat roda.
Kadang di bawah, kadang di atas,
Mampu kah diri ini menanggung rse pabila berada di bawah?
Hanya pada Mu aku panjatkan doa dan harapan.
Supaya kuat dalm menempuh segala onak dan duri dalam kehidupan.
Kehidupan ini masih terlalu jauh untuk di lalui.
Semoga diri ini kuat.
Sungguh aku lemah.

Hati adalah raja dalam badan.
Sekiranya busuk hati, maka busuk lah seluruhnya, jika baik hatinya, maka baik lah budi pekertinya.
Hati jugala yang paling susah di kawal kerana dia adalah raja.
Baik rajanya maka baiklah rakyat jelatanya.
Jagalah hati jagalah iman jagalah mata.
Sesungguhnya hati iman dan mata adalah perisai yang paling kuat dalam diri.
Terkawal lah tiga itu, maka terkawal lah dirimu dari godaan dunia.
Tapi mampu kah di kawal?
Itulah manusia.
Yang penting usaha bukan natijah, Allah tidak tanya apa natijahnya. tp Allah tanya apa usahamu.
Allahuakbar

You Might Also Like

0 comments

leave your comment below :)

Subscribe