new entry

Tuesday, November 01, 2011

salam, lme dah tak post new entry.
bkn takder mse tp mls, ntah rse mcm tak der bkat nak nk blogging, haha bkn minat kot.
dba, minat boleh dipupk, jgn asyik ckp bkn bakat lah, alasan je senanye kau ni..haha

okay sekarang ni mood memasak sangat2 lah membiak dengan biak nya (ayat apa ni dba)..
aritu search internet cari resepi mi rebus and finally jumpa gak yang sedap, so apa lagi my daddy, walidi, ayah ku, bapa ku, papa ku lah menjadi mangsa ku minta tolong belikan barang2 yg di perlukan, kadang2 aq kesian plak ngan ayah aq nk mntak beli mcm2, tp beliau juga suke mkn, jd dba pon wat jelah,
ayah dba juga lah akan makan paling banyak, before this dba wat nasi briyani bukhari daging dan nasik minyak, so smlm dba wat mi rebus, kejap lagi dba post dia punya resepi kay. so korang boleh lah kalo sape2 nak try kan sbb dba dah try, ni bad lah, kawan dba mkn bertmbh2, ayah diba pon mkn bertambah, so hari ni dba buat tiramisu, erm tiramisu ni bese je kot, tak der lah sedap sangat kan, bese2 je, tapi kalo orang yg suke mestilah kata sedap kan?haha

okay ni resepi dia :


Bahan2:

  • 2 x 250g mascarpone cheese
  • 2 x 100g Fresh cream ( boleh dikurangkan jika mahu)
  • 2 biji kuning telur
  • 5 sudu besar gula (saya guna icing)
  • 1 sudu kecil jus lemon
  • 1 pack lady fingers/sponge fingers (Savoiardi)
  • vanilla
  • Serbuk koko
  • 1 cawan kopi - saya selalu guna cappucccino- ikut selera-nescafe pun boleh


Cara-cara:

1.     Pukul kuning telur, vanilla dan gula hingga berkrim lebih kurang 10-15 min.

2.     Kemudian double boil kan bahan tadi dansejukkan.

3.     Masukkan bahan tadi bersama marscapone cheese dan fresh cream dan kacau hingga rata.

4.     Celupkan sponge fingers/lady fingers kedalam air kopi tetapi jgn terlalu lama, nnti serap air terlalu byk dan tiramisu akan jadi lembik. Saya selalu guna bekas yg besar untuk golekkan lady fingers kedala air kopi.

5.     Setelah di celup kedlm air kopi, aturkan lady fingers pada bekas sebagai lapisan pertama.

6.     Lepas tu sapukan marscapone cheese keatas lapisan pertama. Ulangkan pada lapisan kedua.

7.     Ayakkan serbuk koko diatasnya dan sejukkan didalam peti sejuk seelok2 nya semalaman.
erm kalo korang nak gantikan sponge fingers tu ngan sponge cake or swiss roll pon boleyh,
cube lah kalo sape2 yang nak cube kan.
my tiramisu :)



ni plak resepi mi rebus :


Bahan2nya:


5 biji keledek + 2 biji kentang


Potong kecil2 and rebus hingga empuk. then angkat and toskan airnya

kisar keledek + kentang tadi hingga halus...


*1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3 cm halia, 2 cm lengkuas


*2 genggam udang kering


*2 sudu besar taucu


*4 tangkai cili kering

Kisar semua bahan2 bertanda *

500gram daging


Rebus daging tadi dan masukkan sedikit garam(untuk diambil air rebusannya)

Sedikit udang segar yang dibuang kulit

goreng udang tadi tapi jangan lama.

Kulit udang jangan buang

Rebus kulit udang untuk mendapatkan airnya...

2 keping bahagian dada ayam..rebus juga untuk mendapatkan air rebusannya

2 biji tomato yang dibelah empat

2 batang serai yang dititik


2 packet mee kuning yang dicelur dan ditoskan..

2 keping tauhu...

goreng tauhu tapi jangan lama tau..


3 genggam kacang tanah yang digoreng dan dikisar halus


3 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air

2 sudu besar sos cili

dan jangan lupa 2 sudu besar kari ayam di bancuh dengan sedikit air

Untuk hiasan:

cili merah+ cili hijau+ daun sup+ daun bawang+ bawang goreng+ isi ayam yang diracik halus..

limau kasturi

Telur yang direbus.. cantik x? hehe

sawi yang dicelur

taugeh

Cara2 membuatnya:

Tumis bahan kisar tadi

Masukkan serai...

Tumis sehingga naik bau....

Masukkan kari


kemudian masukkan daging yang direbus tadi...

Masukkan air rebusan daging...

masukkan air rebusan udang...

masukkan air rebusan ayam...

masukkan tomato...

Masukkan kentang + keledek yang dikisar... tak lupa juga masukkan kacang tanah yang dikisar halus tadi...

masukkan 2 sudu besar sos cili..

Biarkan mendidih...

masukkan garam secukup rasa...

masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan sedikit air...

Then masukkan tauhu...

Kacau hingga pekat....

Masukkan udang..

biarkan ia mendidih dan likat.. kalau kuah nya tak pekat.. tambah lagi tepung jagung... tapi make sure bancuh tepung jagung dengan sedikit air dulu before masukkan... nanti berketul2...

mi rebus yang daku buat :)






You Might Also Like

0 comments

leave your comment below :)

Subscribe